Zoo Negara… kami datang !

zoo negara
Wah ! Seronoknya naik Trem

23 April 2015 – Satu program lawatan telah diadakan melibatkan 30 pelajar cilik dari Tadika Islam Al Imtar dan Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Imtar. Lokasi pilihan kali ini ialah Zoo Negara dan Petrosains, KLCC. Lawatan ini turut disertai oleh 9 para asatizah AL IMTAR. Senyuman riang terpapar diwajah para pelajar yang agak teruja dapat menghabiskan masa bersama guru dan rakan-rakan.

Destinasi pertama ialah Zoo Negara, para pelajar dibawa menaiki tiga trem berasingan ke dalam kawasan zoo dan bermulalah pengembaraan mereka. “Wah!”,”Wau!” Anak-anak kecil ini bersuara teruja setiap kali trem melepasi kandang-kandang pelbagai haiwan liar yang jarang dilihat. Sekali sekala guru pengiring berinteraksi dengan pelajar, menguji pengetahuan mereka tentang haiwan. Ada zirafah, tapir, pelbagai burung di Bird Aviary, pelbagai sepesis rusa, singa dan harimau bengal putih. Trem yang membawa kami melepasi Tasik Tunku Abdul Rahman, kelihatan burung-burung Botak Upeh dan flamingo di biarkan bebas di sana sini. Semasa melalui Mammal Kingdom, pelbagai jenis haiwan mamalia yang menarik dapat dilihat. Trem berhenti di Savannah Walk, segerombolan demi segerombolan haiwan masuk ke sekitar kandang savannah seperti kuda belang, zirafah, burung kasawari dan kambing-kambing bertanduk panjang dan runcing. Pemandangannya tidak ubah seperti haiwan-haiwan Afrika yang sedang bermigrasi ke satu kawasan.

Seterusnya para pelajar dibawa ke Giant Panda Conservation Centre. Dua ekor panda yang pada mulanya tidur, kini terjaga kerana spesis ini agak sensitif dengan bunyi-bunyian. Para pelajar berpeluang melihat telatah panda dari atas jambatan yang dibina merentasi kandang panda ini. Usai melawat panda, pelajar dibawa menikmati Animal Show seperti burung kakak tua yang bijak, anjing laut yang aktif dan lain-lain lagi. Berjalan kaki keluar ke pintu utama sempat juga menjeling ke Tunku Abdul Rahman Aquarium sambil melihat Humboldt Penguin dan pelbagai jenis ikan .

Sebaik tiba di KLCC kanak-kanak dibawa terus ke KFC untuk makan tengahari dan solat di surau berdekatan. Para pelajar diberi peluang ke Petronas Street Smart kerana tempoh menunggu giliran masuk ke Petrosains agak lama. Petronas Street Smart merupakan satu pameran interaktif yang mempromosikan kepentingan keselamatan di jalan raya. Para pelajar berpeluang menggunakan simulasi sistem jalanraya dan situasi trafik yang dibina untuk memberi para pelajar pendedahan tetang keselamatan dijalanraya dengan cara yang lebih menarik.

Akhirnya sampailah giliran para pelajar Al Imtar masuk ke ruang pameran Petrosains. Bermula dengan menaiki Dark Ride iaitu bebola gergasi yang memuatkan 6 penumpang pada satu-satu masa membawa pelawat melalui jalan gelap ke stesen yang menempatkan ruang pameran. Pelbagai pengalaman menyeronokkan dapat dirasai para pelajar antaranya; mencuba tempat tidur yang digunakan oleh para angkasawan di Space, belajar tentang gempa bumi, fosil, petroleum serta menyaksikan Dinosour menyanyi di Geotime Diodrama. Para pelajar turut berpeluang merasai pengalaman geologis dengan pelbagai peralatan berteknologi tinggi di Exploration. Mereka juga dapat berseronok dan mewarna ke atas dinosour pilihan masing-masing di Sparkz. Oil platform pula merupakan pameran yang menempatkan replika pelantar minyak sebenar dan pelajar dapat merasai menaiki replika kereta F1 di Speed. Pelajar bertuah pula, dapat turut serta dan memenangi hadiah dalam Persembahan Sains Dino Egg Show yang mengupas tentang rahsia keistimewaan dan keajaiban telur yang tidak ketahui ramai.

Pelbagai aktiviti dan pengalaman dapat dirasakan para pelajar sambil menambah pengetahuan dan meluaskan minda. Ada juga ruang pameran yang tidak berkesempatan dilawati akibat kekangan masa walaubagaimanapun, rata-rata pelajar terhibur sehingga tertidur keletihan di dalam perjalanan balik ke SRI AL IMTAR.

petro sains
Adik Iffah di dalam beg tidur seperti di ISS

Tahukah Anda?
1. Angkasawan perlu memanjat masuk ke dalam beg tidur yang melekap pada dinding ISS untuk tidur dalam suasana graviti mikro. Oleh kerana suasana di ISS agak bising, angkasawan tidur sambil memakai plak telinga.

2. Panda ada enam jari kaki hadapan yang membolehkan mereka memegang batang buloh serta mencabut rebung keluar dari tanah.

Nukilan Manisah Majid

Wah… Wajah saya dalam surat khabar Utusan Malaysia

ARTIKEL UTUSAN MALAYSIA 001

23 Mei 215, Kompleks Sukan Kg Pandan, Program Sukan Tahunan SRII AL Imtar dan TAdika Al Imtar berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah di atas kerjasama berkumpulan warga Al Imtar dan Yayasan Sedhar yang turut membanting tulang bagi menjayakan program tersebut. Cuaca yang sangat baik pada hari itu memudahkan kelancaran sukan Al Imtar yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan SEDHAR, merangkap Pengerusi Sekolah SRII AL IMTAR pada tepat jam 8.45 pagi.

Dalam ucapan perasmiaannya , Ybhg Dato Haji Abdul Rahman menyatakan bahawa sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia terutamanya kepada para pelajar dengan memberi latihan yang sepadu merangkumi minda, fizikal, otot, saraf, emosi dalam lain-lain faktor sama ada dalaman atau luaran. Sabda Rasulullah SAW “ AJARLAH ANAK-ANAK KALIAN MEMANAH, BERKUDA DAN BERENANG”. Beliau menyarankan agar sunnah Nabi Muhammad SWT tersebut diamalkan di Al Imtar secara berperingkat. Dato’ Haji Abdul Rahman juga turut memanjatkan kesyukuran diatas kejayaan pendaftaran semula sekolah oleh pihak JAIS. Bermula 14 Mei 2015 SRI Al Imtar akan dikenali Sekolah Rendah Islam Intergrasi ( SRII AL IMTAR) dan manakala tadika pula dikenali Tadika Islam Al Imtar.

Sukan Tahunan kali ini berjalan dengan baik dan meriah walaupun tanpa tahfiz undangan dari Tahfiz Naungan Yayasan Sedhar pada tahun ini. Majlis diserikan lagi dengan persembahan taekawando & pelajar tadika telah mendapat menarik perhatian ibu bapa. Kemeriahan acara sukan pada kali ini diselangi dengan acara cabutan bertuah. Antara acara tadika pada kali ini adalah seperti kandar air hikmah, isi telur dalam sarang dan kepitan keramat. Bagi acara tahap 1 pula adalah seperti larian 50 Meter dan 100 Meter,larian ikatan kasih ikat kaki, carian misteri putih berhabuk dan bagi tahap 2 pula larian 100 Meter dan 4 x 100 Meter, isi air dalam botol senduk sakti, sanad sohih dan kepitan keramat bola. Di samping itu, futsal 6 sebelah juga turut dipertandingkan antara rumah-rumah dan johan futsal adalah rumah biru. Kemenangan pada tahun ini berpihak kepada rumah biru. Tahuan ini acara ibu bapa yang dipertandingkan adalah seperti penjuru muafakat, masukkan benang dan tarik tali. Hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan kepada ibu bapa adalah sangat menarik dan membuat mereka untuk terus menunggu disitu sehingga acara sukan berakhir. Antara hadiah yang ditawarkan pada tahun ini adalah television, basikal, pakej pelancongan ke Langkawi yang ditaja oleh DHAR dan banyak lagi.

Tahniah diucapkan kepada pelajar dan ibu bapa yang telah memenangi hadiah dan kerjasama daripada pelbagai pihak antaranya pelajar dan ibu bapa. Akhir kata tahniah dan syabas dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa sukan 2015 dan guru – guru yang bertungkus – lumus menjayakan dan memastikan program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Tidak lupa juga kepada Utusan Malaysia yang sudi membuat liputan dan semoga kejayaan yang diperoleh akan menjadi kenangan manis buat kita semua.

Nukilan : Cik bie