Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

|English | B.Melayu |

 

 

Segala puji-pujian hanya bagi Allah s.w.t. pencipta alam dan segala kandunganya yang memiliki kekuasaan mengatasi segala kekuasaan, Allah Maha Agong dan tiada bandingan baginya.
 
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Kumpulan Rahman Brothers
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Maybank2U
Public Bank
Pusat Zakat
Salat times for Kuala Lumpur. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 
Demi Masa

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, malainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

(Surah Al-Asr)

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

'MENJUNJUNG KASIH'
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH


DIATAS PERKENAN MENCEMAR DULI MERASMIKAN MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH ISLAM AL-IMTAR PADA

19HB NOVEMBER 2009 BERSAMAAN 2 ZULHIJAH 1430H
BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN JALAN DUTA, KUALA LUMPUR MALAYSIA

Segala puji-pujian hanya bagi Allah s.w.t. pencipta alam dan segala kandunganya yang memiliki kekuasaan mengatasi segala kekuasaan, Allah Maha Agong dan tiada bandingan baginya.

Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Rasul akhir zaman, yang memimpin umat ke jalan kebenaran, sebagai lampu penyuluh yang terang benderang, berpandukan hidayah dan kalam Tuhan.


Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana telah mencipta kita sebagai makhluk insan yang dianggap sebaik-baik kejadian dan mengurniakan kita akal fikiran yang denganya dapat kita bezakan diantara kebenaran dan kebatilan.


Pendidikan Islam adalah pendidikan yang berteraskan wahyu, Pendidikan ini telah diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. pada tahun 610 M. di As-Safa, Makkah. Pada peringkat awal bilangan penuntutnya terlalu sedikit tidak sampai 10 orang, tetapi setelah beberapa bulan berlalu bilangan pelajar bertambah ramai, mereka terdiri daripada berbagai-bagai golongan dan semua peringkat. Para penuntut ini diberi pendidikan dengan sempurna dalam bidang aqidah disamping pembinaan sahsiah Islamiah yang tulen berasaskan tuntutan wahyu Allah yang disampaikan oleh malaikan jibril a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w. antaranya:


Dan berilah tunjuk ajar yang sempurna kepada isi keluargamu sendiri, dan berilah juga bimbingan kepada para pengikutmu yang telah beriman itu dengan baik dan mesra. (terjemahnya)

(Surah Al-Syuara' ayat 214-215)

Melalui sifat-sifat keguruan yang unggul, Rasulullah s.a.w. telah dapat membina generasi pelopor yang berjiwa besar dan berciti-cita tinggi untuk mencipta tamadun Islam di tengah-tengah masyarakat jahiliah, setelah terbukti wujudnya keimanan dan keyakinan didalam setiap individu yang disebutkan tadi,

Allah berfirman:

Maka oleh yang demikian sampaikanlah pula segala apa yang diperintah oleh Tuhan kepadamu dan kepada seluruh manusia dan janganlah engkau menghiraukan langsung tindakan orang-orang musyrik itu, kerana Allah tetap memelihara kamu agar tidak menjadi mangsa kepada orang yang mengejekmu nanti. (terjemahnya)

(Surah Al-Hijr, ayat 94-95)


Ayat ini diturunkan selepas tiga tahun pendidikan yang dijalankan oleh Baginda s.a.w. Bermula dari tarikh itu lahirlah suatu revolusi pendidikan dalam sejarah masyarakat bangsa Arab dan para pendokongnya terpaksa menghadapi risiko yang sangat berat, pada ketika itu baginda berdoa ke hadrat Allah agar segala pertolongan dan perlindungan diberi kepadanya, pada suatu malam dalam bulam Rabiulawal tahun 623 M. Jibril datang kepada baginda untuk menyampaikan wahyu daripada Allah yang berbunyi:

Ketahuilah wahai Muhammad bahawa golongan kafir itu sedang merancang untuk menangkapmu sama ada sama hidup atau mati atau setidak-tidaknya untuk mengusirmu dari sini, Ingatlah bahawa mereka sedang merancang usaha itu dengan rapi, tetapi Allah s.w.t. tetap memeliharamu, sesungguhnya keputusan Allah terhadapmu tetap dapat mengatasi segala rancangan jahat mereka itu. (terjemahnya)

(Surah Al-Anfal, ayat 30)

 

Semoga apa yang kita hajatkan didunia ini akan menjadi kenyataan, dan diberikan kita kekuatan untuk beramal oleh Allah s.w.t. dalam kita mencari keredhaan nya.

 &&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

 

PERANCANGAN PENDIDIKAN SEKOLAH ISLAM AL-IMTAR

KEPADA:

YBHG. DATO, DATIN, TUAN, PUAN.

 

PERMOHONAN DANA PENDIDIKAN SEKOLAH ISLAM AL-IMTAR

 

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dijuruk,

Sekolah Islam Al-Imtar berpotensi besar untuk mengeluarkan pelajar-pelajar yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang, Al-Imtar kini mempunyai pelajar seramai lebih kurang 250 orang pelajar, bermula daripada Taska Islam & Tadika Islam & Sek. Ren. Islam & Sek. Ren. Keb. & Sek. Men. Tahfiz Berasrama.

Sekolah Islam Al-imtar mula beroperasi pada tahun 2002 dengan pengajian Tahfiz Al-quran sahaja dan  didaftarkan  dengan rasminya dibawah JAIS dengan No. Pen. SPS/PRP/08/6(SEM)298 pada 1hb Jun 2009.

Al-imtar kini sedang berusaha untuk mendapatkan bangunan baru untuk dijadikan Sekolah bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar dan Guru.

Sekolah Islam Al-Imtar telah dirasmikan oleh  SPB Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. pada 19 November 2009, bertempat di Masjid Wilayah Kuala Lumpur Malaysia.

Memandangkan minat dan perlunya pengetahuan Agama pada semua peringkat masakini, Al-Imtar ingin mengukuhkan kedudukan dan meningkatkan lagi komitmen tenaga pengajar kami serta memperluaskan ruang pengajian Sekolah, harapan kami agar sudilah kiranya tuan,puan membantu kami dalam meneruskan memperkasakan pendidikan anak-anak bangsa kita yang mana pelajar-pelajar ini akan menjadi pelapis untuk pemimpin pada masa akan datang.

Kami yakin dengan sokongan tuan,puan. Al-Imtar akan dapat berkembang dan terus memberikan didikasi yang sempurna kepada anak-anak demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara dan seterusnya dengan ikhlas kerana Allah s.w.t.

Sumbangan Dana Pendidikan Sekolah Islam Al-Imtar, hendaklah diltuliskan Cek atas nama:

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-IMTAR :- Maybank Akaun No. 56454-8123-740   ATAU

AL-IMTAR TAHFIZ CENTRE:- Maybank Akaun No. 56454-811-7946

Semoga Allah menerima segala amalan kita semua serta dimasukan dalam golongan yang mendapat nikmat dan keredhaan Allah Subhanahu Wataalah. Insya Allah.

 

Yang Ikhals:

Ybhg Ust. Faisla Abdul Karim Al-Hafiz (Pengasas & Pengetua Al-Imtar)

 

 

 

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

 

Gambar Cadangan Bangunan yang akan dibeli untuk Sekolah Baru Al-Imtar di Taman Cempaka Ampang Selangor.