Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

|English | B.Melayu |

 

 

Segala puji-pujian hanya bagi Allah s.w.t. pencipta alam dan segala kandunganya yang memiliki kekuasaan mengatasi segala kekuasaan, Allah Maha Agong dan tiada bandingan baginya.
 
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Kumpulan Rahman Brothers
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Maybank2U
Public Bank
Pusat Zakat
Salat times for Kuala Lumpur. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.

 
Sekolah Al-Imtar merancang untuk mewujudkan satu sistem pengajian lengkap yang berteraskan kepada dua aliran secara sistematik bermula daripada peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi.
1. Pembelajaran Tahfiz Al-Quran & KAFA
2. Akademik (UPSR & SPM)
 
Suatu perkara yang unik sistem pengajian Sekolah Al-Imtar ini lebih memberi penekanan kepada konsep Penghafalan Al-Quran di peringkat permulaan/rendah tanpa mengetepikan sistem pembelajaran asas [3M] iaitu Membaca,Menulis dan Mengira yang merangkumi sama ada Hafazan, tulisan jawi, rekod laporan pencapaian pelajar disediakan oleh Unit para Guru untuk merekodkan segala pencapaian dan kemajuan para pelajar setiap bulan. laporan itu akan dihantar kepada ibu bapa pelajar untuk perhatian dan ulasan mereka.

Pada tahap berikutnya,para pelajar yang telah mahir dengan Al-Quran akan didedahkan kepada pengajian Hafazan dan Pendidikan Islam yang meliputi semua cabang ilmu-ilmu islam seperti;
1. Pengajian Tafsir Al-Quran (asas)
2. Pengajian Al-Hadis
3. Pengajian Al-Fiqah (asas)
4. Pengajian Sirah An-Nabawiyyah dan Sejarah Islam
 
Ia juga merqngkumi pengajian bahasa-bahasa tertentu untuk memudahkan para pelajar mendalami ilmu dan berkomunikasi apabila berada di luar Negara kelak.Bahasa-bahasa tersebut ialah;
1. Bahasa Arab
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Melayu
 

Teknik pengajian Al-Imtar lebih menitik beratkan kepada teknik talaqi, Musyafahah iaitu Gabungan Sistem Pondok dan Moden. Di antara modul pengajian yang terdapat di Sekolah Al-Imtar ialah:
 
1. Tadika 1 Tahun ( 4-5-6 tahun)
2. Pra Tahfiz 1 Tahun ( 7-10 tahun)
3. Tahfiz (Lelaki) 3 tahun ( 10-15 tahun)
4. Hafizah (Perempuan) 3 tahun ( 10-15 tahun)
5. Sijil Tahfiz & SPM 1 tahun (selepas tamat tahfiz)